Hi uolsss,
Tahukah anda, labu yang terjun bersama luncai sedap di masak jemput -
jemput...haaa..nampak cam tengah garu kepala kan...hehe...meh sini acik
nak tunjuk resepi jemput-jemput labu langkah demi langkah siap ada gambar lagi...
Bahan-bahan
Labu
Tepung gandum
Gula
Garam
Air
Labu
Tepung gandum
Gula
Garam
Air
Cara-cara
1. Kupas kulit labu dan potong dadu. Basuh bersih , rebus/kukus sehingga lembut..dalam 5 ke 10 minit..
2. Tos kan labu , kemudian lecek sehingga hancur. Sukat labu mengunakan
cawan.
Saya sukat pakai cawan ni. Dapat dalam 1 1/2 cawan. Sukat tepung gandum sama sukatan labu 1 1/2 cawan.
4. Masukkan labu , tepung gandum , gula dan garam dalam mangkuk. Gaul
sebati. Gula dalam 8 sudu besar dan garam 2 sudu kecil. Ni manis dan
masin tekak saya. Ikut tekak kome la ye.
5. Masukkan sedikit air jika adunan terlalu pekat. Atau tambah tepung jika adunan terlalu lembut.
6. Panaskan minyak, jemput - jemputkan adunan dalam kuali. Masak sehingga kuning keemasan.
6. Panaskan minyak, jemput - jemputkan adunan dalam kuali. Masak sehingga kuning keemasan.
Tadaaa dah siap jemput - jemput labu. Jemput makan
**iklan**
set cooler bag, ice pack dan storage bottle...RM 55 termasuk kos pos..whatsapp PROMOCB ke 0195555740 untuk diskaun 5%...hanya di FB/INSTAGRAM : big4pocket
Alhamdulillah dan syukur, segalanya dengan izin-Nya