Wednesday, October 10, 2012

Jalan Kuala Kangsar

Assalamualaikum,

Ada apa dengan jalan kuala kangsar(JKK)???apa yg menarik JKK ni sampai menjadi sebutan???hahhhhhh...sy pun baru je tertarik dengan JKK ni...dulu2 setakat lalu nak balik rumah je dan xde pun nak heran apa yg ada kat tepi2 JKK tu...ngeee..post kali ni sy nak kongsi info JKK..

  1. Pada dahulu kala JKK ni adalah laluan utama menghubungkan ipoh dengan kuala kangsar..ipoh merupakan ibu negeri perak, manakala kuala kangsar pula ialah badar Diraja..dulu2 ayah sy gi kerja naik basikal ulang alik guna JKK dr manjoi ke tasek..masa tu ayah muda belia lg..ayah kata gaji masa tu 50sen je..gaji sehari kut,tp tah, gaji sebulan kut..hehe..nanti tanya ayah semula..agak nya masa tu sekupang 5duit boleh beli penuh satu troli barang dapur..agak nya la..sy xberada pada zaman itu..sapa2 nak tahu boleh pinjam mesin masa doremon..hehe
  2. JKK pusat jualan kereta..siapa2 tgh cari2 kereta pertama, kedua, ketiga, ke empat atau ke seterusnya boleh la ke JKK..mcm2 jenama ada kat JKK ni, antaranya proton, honda, toyota, volkwagen, nissan, BMW, mitsubishi, volvo dan mercedes benz...allhamdulillah, kereta pertama sy dr jenama perodua warna kelabu atau nama singkatnya mat labu...hehe...mat labu masih kelihatan baru dan berkilat bila dah mandi...jika xmandi macam mat kerbau...haha....umur mat labu muda lg, baru masuk 5tahun 2bulan 9hari...insyaAllah, kereta kedua dari jenama BMW siap ada pemandu(angan-angan adalah percuma, jd sila berangan)...
  3. JKK juga pusat jualan barang2 persediaan merisik, bertunang dan kahwin..yg ni sy baru tahu minggu lepas..hehe..itu pun sbb teman bff cari barang2 nak bertunang bln 12 ni..masa sy bertunang tahun lepas sy beli barang kat kota bharu..sbb tu la xtahu..hehe..org lain siap sewa bas semata2 nak shopping kat JKK...baik sewa lori..byk skit barang boleh isi kan...huhu...sepanjang JKK ada kedai towlee, SKK, HKK, VRC dan KK home deco...antara lima2 kedai ni, ada satu kedai yg menawarkan harga yg sgt murah...kedai nye buruk dan guna zink je...tp dlm ada ekon...bagi bakal2 tunangan org , bakal2 isteri org dan bakal2 suami org sila sediakan senarai  barang2 yg nak kena beli, kemudian bandingkan harga, heeppp, jgn mengeluh, xbyk pun kedai nya, 5 ketul je..sila rajin...dah dpt harga yg menarik dan padan dgn kualiti baru la beli...kadang2  ada barang kat kedai A mahal tp kat kedai B murah, ada barang kat kedai C mahal tp kat kedai A murah...jd kena la rajin, br la boleh jimat-cermat...
  4. Kat JKK ada Taman Rekreasi Gunung Lang...kat sini boleh bagi ikan makan dan naik bot..naik bot kat sini xmabuk cam naik bot candat sotong..hehe...caj naik bot RM3 dan RM1.50 untuk kanak-kanak dan warga emas...kat seberang tasek pula ada menara tinjau, taman mainan kanak2 dan rumah2 melayu dulu2..masa sy dtg dulu2 cam xberapa bersih..sekarang ok dah kut..kat sini juga menjadi tumpuan pengantin jd  model sehari...nak jd model byk hari pun boleh xde masalah..senyum lebar jurugambar dpt job..
 ikan2 kat tasek gunung
kat belakang ni ada air terjun buatan..tp masa ni xpsg pun...

JKK ni lengkap, boleh beli kereta utk jdkan barang hantaran(wowww,nak jugak), boleh beli barang2 persediaan perkahwinan, boleh ambil2 gambar kahwin...semua nya pasal kahwin...sy bila nak kahwin????tido dulu la , ngantok sudah...huhu

*kemaskini, beg kain utk doorgift hanya 18sen...

**bagi anda yg masih mencari produk yg sesuai utk menghilangkan jerawat, sila hubungi sy di talian 019-5555740...untuk info produk klik sini..untuk info pengalaman sy sbg pengguna chahaya beauty klik sini...

 Alhamdulillah dan syukur, segala dengan izin-Nya

0 comments:

Post a Comment

Menarik Di Sini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...